Blog aku pada kali ni mengisarkan mengenai kawan-kawan yang paling bermakna dalam hidupku. Kawan-kawan yang aku maksudkan akan ku ceritakan dalam blog ini. Kawan-kawan inilah yang selalu dan pernah mencorakkan hidup ku sehingga kini. Aku rasa amat bangga menulis tentang mereka ini sebab aku berpendapat bahawa kawan itu amat penting dalam hidup kita. Tidak kiralah di mana kita berada. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersama kita tidak kira kita di saat-saat suka atau duka.
Ann dan Mel merupakan kawan yang paling terbaik pernah aku ada. Aku mengenali mereka berdua sejak aku belajar di Matrikulasi UPM bersama-sama mereka. Aku sudah mengenali mereka lebih dari tujuh tahun. Aku meletak mereka ini adalah kawan yang paling atas sekali kerana merekalah hidup dan senang ku tanpa mengira masa. Mereka adalah kawan yang paling terbaik dan terhebat sekali yang pernah aku perolehi. Aku menganggap mereka ini seperti kakak ku dan mereka selalu memberi perhatian lebih kepada ku. Mereka menerima aku seadanya dan berterima kasih kepada mereka sebab mereka telah banyak membantu ku biar pun bantuan yang pernah ku berikan tidaklah setimpal apa yang ku berikan kepada mereka. Aku sangat terharu dengan persahabatan yang ada di antara kami bertiga dan berharap berterusan ke anak cucu. Persahabatan mereka memang tidak ternilai.
Milut, Albert dan Wote adalah di antara juga kawan yang banyak membantu dan memahami diriku. Persamaan di antara mereka bertiga ini ialah kami semua mula mengenali sesama sendiri bermula daripada persatuan mahasiswa yang digelar sebagai CSSUPM ketika aku masih bergelar mahasiswa di sebuah intstitusi pengajian awam Universiti Putra Malaysia (UPM). Albert merupakan bekas kawan serumah dan manakala Milut dan Wote ialah masing-masing merupakan junior ku.
Jojie, Charles dan Ronnie kebetulan pula ialah serumah dengan Milut dan aku juga menganggap mereka ni umpama adik-adik ku. Mereka semua mempunyai persamaan yang mana mereka semua pernah berkerja separa masa sebagai krew McDonald dan hubungan di antara mereka rapat. Aku banyak menghabiskan bersama-sama mereka sehinggakan rumah mereka ku anggap sebagai rumah kedua ku dan merasa bangga serta bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti mereka. Mereka sudah ku anggap seperti adik-beradik ku sendiri.
Kawan seterusnya adalah kawan baik yang aku kenali sejak sekolah menengah lagi. Kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang tentera komando tapi kerap melawat ku biar pun dia jauh dan sibuk bertugas di Melaka. Kawan baik aku yang dimaksudkan ialah Mai. Dialah satu-satunya kawan sekolah ku yang sehingga kini masih rapat bersama ku biarpun kami bertugas di tempat jauh di antara satu sama lain. Mai memang merupakan kawan baik aku yang memang begitu baik sekali. Dia mempunyai sifat pemurah yang mana memang bukan semua orang mempunyai sifat tersebut.
Atan atau kebanyakan orang mengenalinya sebagai Frid ni merupakan kawan kegemaran ku. Dia ni nakal dan suka mengusik orang. Tapi dia sememangnya baik hati orangnya. Dia mempunyai personaliti yang comel dan menarik. Memang tidak dinafikan aku memang senang bergaul dengannya.
Thome pula merupakan kawan yang boleh anggap sebagai sama kepala. Orangnya ceria dan periang. Kadang kala nampak manja dan pendiam orangnya.
Nuj dan Benny ialah antara kawan yang paling ku hargai. Nuj ku gambarkan sebagai kakak dan Benny sebagai kawan baik ku. Aku mengenali Nuj daripada Benny yang mana benny sewaktu tu adalah merupakan bekas kawan sebilik dan kawan yang paling aku rapat sewaktu ku berada di matrikulasi. Nuj banyak menghulurkan bantuan terutama ketika aku berada dalam kesusahan tanpa mengira waktu. Nuj tidak pernah berkira dan satu personsliti yang ku gemari tentang dia adalah dia seorang suka menolong. Benny pula kawan suka mengusik tapi dia memang baik.
Along, Anjang, Apit, Izuan, Ken dan Adam yang merupakan kawan seperjuangan ku. Masa kami lebih banyak dihabiskan di kelab malam. Kegiatan kami memang nampak jahat tapi mereka semua ni adalah baik. Memang senang bergaul dengan mereka dan banyak memberi sokongan moral kepada ku.
Aku juga bangga mempunyai kawan seperti Alister dan Aidy biar pun mereka sudah membawa haluan mereka masing-masing tetap jasa baik mereka tetap diingati. Seketika kami masih bersama-sama mereka inilah juga banyak memberi perhatian kepada ku.
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat semua kawan ku ketika aku berada belajar di UPM seperti Denver, Callix, Justin, Julie, Ano, Chelven, Mac, Asong, August, Floris, Ceelus, Deena, Nanaq, Ezone, Waggy, Aden, Tracy, Yon, Mama Bonch, Judith, Agatha, Waller, Lily dan Tort. Tidak lupa buat kawan baik di TGV Tim, Lydia dan Asliza. Istimewa ditujukan khas buat adik angkat ku Isaac, Kamal dan Arel. Ucapan terima kasih ni ditujukan buat semua mengenali ku. Ku susun sepuluh tangan sekiranya aku terlupa nak letakkan nama orang-orang yang aku lupa. Sememangnya semua ini ikhlas dari hatiku. Anda semua sememangnya adalah sahabat yang terbaik.